top of page

Selamat Bersara YBhg Datuk Dr Habibah! Jasamu tetap dikenang.



Terima kasih YBhg Datuk Dr Habibah. Jasamu tetap dikenang.


5 April 2021 merupakan hari terakhir YBhg Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dan sebagai seorang penjawat awam.

Begitu banyak jasa dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada negara dalam bidang pendidikan. Secara peribadi, kami dari Cybertech Malaysia amat hargai bimbingan, nasihat, teguran dan kepimpinan YBhg Datuk Dr Habibah sama ada semasa di IAB, BPPDP, sehinggalah beliau dilantik sebagai TKPPM dan KPPM.


Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atas jasa dan khidmat bakti yang tidak ternilai, khususnya semasa menerajui perkhidmatan pendidikan dalam menangani pandemik Covid-19.


Semoga YBhg Datuk terus sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah SWT.

Terima kasih Datuk Dr Habibah!

0 comments

Comments


SAM Labs

Classroom STEAM Education

Bulb Apps

Heitech Padu

Aesthetica Studios

Noble Oasis

REGISTERED
WITH

Registered with MOF

Cybertech Malaysia by Cybertech Security Sdn Bhd. All rights reserved.​

bottom of page